August 22, 2010

kesedihan yang turut dirasai

aku dapat rasa kesedihanmu,

hanya itu sahaja yang mampu aku nyatakan,kerana tiada lagi yang mampu aku katakan kepadamu.Aku harap kau mampu mengharungi semua dugaan ini dengan tabah,berita mengenai kepergian ayahandamu juga menghentak diriku.Dengan umur yang masih muda,kudrat yang masih kuat,kita tidak sangka dia pergi terlalu awal,tetapiitulah kenyataan yang harus kita hadapi.Kepergiannya adalah salah satu dugaan tuhan kepada kita didalam bulan ramadhan yang penuh mulia ini,diharap kepergiannya tidak dianggap sebagai satu penyesalan tetapi sbagai satu berkat kerana beliau telah meninggalkan kita pada bulan ramadhan.

aku mengharapkan kekuatatan dalam dirimu dapat melawan kesedihan yang melanda,dan aku harap dugaan ini tidak menjatuhkan semangatmu untuk terus berdiri memperjuangkan nasib keluargamu yang juga turut merasai kesedihan yang sama seperti kau alami,disini juga aku ingin menyatakan bahawa apa yang terjadi ini adalah salah satu titik permulaan untuk kau berusaha memperjuangkan nasib keluargamu,aku hanya ingin kau tahu bahawa aku juga selalu akan tetap bersamamu walau apapun terjadi.Kita hanya mampu mengirimkan doa kepadanya agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.AMIN.

No comments: