January 31, 2013

dua kosong satu tiga

" eh mana. mana jambatan ni. eh mana."
" jambatan apa abang ? "
" jambatan yang menghubungkan hati abang untuk sayang "

ok abaikan. Aku baru habis layan MLM lagi. cukup pasal tu. Hai. Malam ni memang tetiba ada mood nak buat entri. Dah lama sangat aku tinggalkan laman sosial ni. Tangan dah keras seperti gitaris metal hendak mendendangkan irama tradisional. 2013 dah muncul beb. Nampaknya angka umur bertambah lagi. Pikiran memang tak boleh macam dulu lagi, duduk lepak menanti gadis gadis skinny lalu. Dah tak boleh. Gadis skinny pun ada taste tersendiri. Contohnya anda mesti berjalan dengan memegang kunci. Tak kira ah kunci moto atau kereta, Yang penting proses mengambil dan menghantar pulang giat berjalan .

Sekarang aku dah masuk alam pekerjaan, pejam celik sekarang dah kena usaha sendiri beb. Malu nak minta duit lagi. Bukan macam dulu nak kuar " mak izinkan saya meminta duit " hah dihulurkan Rm 20 lantas berlalu pergi. Rm 20 boleh la lepak gerai minum 2 3 jam, pekena snooker beberapa game dan pabila hari beransur gelap. go home. Now. eh sekarang, no no no. Nak minta malu beb, kena belapik sikit. " mak boleh pinjam duit tak "  Pinjam adalah modus operandi yang digunakan. Bayar balik ntah bila ar. Baju, seluar, kasut dan peralatan batin lain semua kena beli sendiri. Eh aku ada cakap batin ke tadi. Abaikan lagi. 

Kekasih ? fuh masuk bab ni aku memang akan buat pose garu kepala ar. Muka blur sikit dan tergagap bila nak masuk bab ni. Hampir setahun meninggalkan aktiviti couple , on call, texting, dan lain lain. Aku da terbiasa dengan life macam tu. Macam dah ok. sumpah ok. Eh kenapa mata aku kaca ni. banyak habuk lah. Kepada gadis gadis solo yang baca.... eh sudah la. " kalau ada jodoh takkan kemana" tipikal melayu  kan. Aku tak tau pulak kalau cina, india dan lain lain ada guna pepatah ni.

Masuk tahun baru ni. aku memang dah banyak masalah. Masalah paling besar yang aku hadapi sekarang ni , masalah perut bengkak. Nak cakap boroi malu pulak. Berat badan aku naik mendadak, saiz seluar aku dah nai 4 level, bayangkan la aku nak try seluar kat mall , boleh pulak kakak promoter tu gelak manja kat aku. nasib baik fitting room tu ada cctv kalau tak , memang aku , ee memang aku eee nangis ar kat dalam tu. Ini tak boleh jadi, masalah ni lebih besar dari masalah pemparitan kampung. Aku mesti cari solusinya. Dimana hilangnya sixpack yang dulu menjadi kebanggaan tak kira ar pegi mandi manda kat sungai. aku memang takkan pakai baju punya. Sekarang. memang kena buat alasan ar. " eh aku tak boleh mandi sungai. Alegik." Doktor mana lagi bagi mahzab alegik mandi sungai pun aku tak tau.

bai.




No comments: