November 30, 2011

Inspirasi

petang. petang. walaupun ada yang namanya tengahari. Aku rasa petang adalah tengahari. Maksud aku di tengah-tengah. Tidak ke arah pagi beralih ke arah malam. Tidak terlalu terang, tidak terlalu gelap.

Meronda-ronda di sekitar ruangan internet banyak membantu aku melupakan segala masalah, tekanan dan apa-apa saja yang membuatkan aku mengeluh. Keluhan yang melihatkan aku seperti sudah tidak kuat melawan apa yang akan datang. Menjadi solo fighter bukannya mudah kan. Teruskan hidup dengan kesabaran adalah satu kemenangan yang besar dalam diri. Tak semua orang boleh buat, Oleh sebab itu ada manusia yang menentukan ajalnya sendiri. 

Inspirasi. Permulaan minat sebegini baru sahaja lahir dalam aku mengenal ilmu di dunia. Mungkin dulunya kita semua didedahkan kepada bahasa kita. Rumpun kita, dan apa yang patut kita perkenalkan dan juangkan kpd dunia. Penulisan. Ya sangat indah bila mula mengenalinya. Penulisan bagi aku adalah salah satu cara untuk kita melahirkan perasaan dengan menggunakan abjad-abjad pegun yang hanya menggambarkan apa yang mahu disampaikan.

permulaan yang hambar pasti akan berakhir dengan kepuasan sekiranya usaha ditajamkan.

inspirasi.


inspirasi

No comments: