November 29, 2011

Hari satu tanpa semua

Bunyi kipas masih setia menemani dari malam hingga siang.
malam ke siang. cahaya gelap beralih ke cahaya terang

Hari-hari yang sama berlalu. Corak angin dan udara yang sama. Bunyi yang sama dan paling ketara sekali keluhan yang sama. Hidup tanpa melakukan apa-apa seperti diam dan terus diam. Masih lagi diam bermaksud pilih untuk tidak bercakap. Membiarkan bunyi-bunyian yang selalu didengar datang dan pergi silih berganti.

Aku. 

Hanya baring dan memikirkan apa yang harus dilakukan selepas ini untuk memenuhkan slot-slot masa yang terus berjalan tanpa henti. Ya, maksud aku hari ini. Hanya untuk hari ini. Aku duduk di hadapan mekanism yang aku gunakan untuk aku memberitahu apa keadaan yang berlaku diluar ataupun lebih tragiknya didalam diri. Membiarkan mata berlari ke kiri ke kanan. Apa yang harus aku lakukan.

ini bukan perang biasa.

Perang yang melibatkan minda. Mungkin akhir-akhir ini aku sering terlibat dalam kemalangan minda. Alhamdulillah. Aku masih mampu berfikir dalam keadaan sebegini. Ini perang besar dalam diri. Perang melawan kesunyian. Kesunyian dari anasir-anasir yang dulu pernah membuatkan kita tidak kenal apa itu sunyi. Kali ini dia datang kembali. Dengan niat kesunyian tidak akan pergi.

sunyi
Tuhan ada dengan kita.

No comments: