December 17, 2011

perkataan jujur sesuai dengan entri ini.

Bolehka aku digelar seorang blogger. ? atau pun seorang penulis entri. Ataupun aku tidak mahu ketinggalan dengan laman sosial yang semakin lama semakin popular dikalangan remaja-remaja mahupun orang yang sudah berumur. Aku pakai ayat bekas penolong kanan di sekolah aku dulu. Abaikan. aku hanya menulis cerita. Ya cerita tentang aku , tentang persekitaran aku dan tentang apa-apa dalam fikiran aku. Aku bukan menulis mengenai politik hari ini, bukan menyeru orang keluar mengundi di hari pilihan raya. Tidak.

Kadang-kadang aku fikir sampai bila aku akan kongsikan cerita ini. Sampai bila aku terus menulis masuk keruangan blog ini. Kenapa aku tidak tulis dalam kertas saja kan. Lepas tu buang.Kira tulisan jugak tapi tulisan yang tidak dapat kita baca lagi. hapus. Bukan aku tulis apa-apa keruangan entri ini untuk menjadi menjadi bual mulut org yang kononnya aku ada blog dan aku gunakan blog ni untuk org kenal dengan aku. Ya memey  la aku buat blog ni supaya org knl dengan aku. tapi kenal dari dalam cerita yang aku masukkan. Tiada kena mengena yang pengsan ataupun tidur . seterusnya hidup dan mati. 

Aku beritahu disini, sebenarnya aku sudah lama berblog-ing. Perkataan 2011 kan. sudah 2 tahun aku ada dalam penulisan ini. 2009 until now# . semenjak friendster hingga ke facebook. Tapi entah kenapa aku rasakan dalam 2 tahun ini , 2011 adalah tahun yang aku agak aktif mengeluarkan tulisan-tulisan yang ada dalam otak . Dahulunya aku menulis juga. cuma tidak seperti sekarang mungkin sebab sekarang aku sudah rajin meronda-ronda disebalik cerita-cerita otai dalam arena blog ni. Cerita mereka agak menarik . Minat semakin membuak-buak. yang dulunya aku sangat kemaruk nak hias blog ni dan sampaikan mula mencari tuto-tuto yang boleh membuatkan blog aku nie macam blog ex GF Khairul fahmi. Tapi niat itu terhenti setelah aku selalu digerakkan dengan tulisan-tulisan yang lebih matang. maksudnya aku semakin memlih isi daripada luaran . Ya isi amat penting. aku pernah dikejutkan dengan pesanan teman sperjuangan dan aku sedar dia betul. terima kasih Jerit pekik ku.

Seperkara lagi, aku sering tertanya-tanya macam mana aku nak dapatkan sedikit dana untuk aku puas dengan tulisan aku ini. Tapi aku sedar, aku rasa dengan penulisan yang masih mentah begini aku tidak perlu meletakkan iklan-iklan dan apa-apa saja untuk meraih trafik supaya aku boleh mendapat ganjaran. Aku ada perasaan malu kadang-kadang untuk aku hit butang publish post. Sebab aku rasa layakka apa yang aku hasilkan dibaca orang lain. orang yang aku tidak kenal. Di era ini aku semakin berani menulis dan mengongsikannya.

terima kasih.

No comments: