December 18, 2011

bingung yang bengang dan bengong

Aku punya satu kelemahan iaitu aku sering terlupa. ya aku maksudkan lupa tentang idea-idea yang sebelum ini berjaya memenuhkan memori otak ini. Kadang-kadang bila aku berjalan-jalan di sekitar laman blog kepunyaan teman-teman. Aku melihat tarikh mereka memasukkan entri. ada yang tiap-tiap hari menulis.Ada yang dua hari. tiga hari. Serius aku ingin jadi begitu ingin menjadi blogger tegar yang mengongsikan apa-apa saja untuk jadi bahan bacaan.

Aku sering kehilangan idea bila aku sudah mula duduk dihadapan skrin laptop. Banyak cerita ataupun tulisan yang pikirkan sebentar tadi sebelum ada keinginan untuk mengongsikanya telah hilang dan lenyap. Dalam aku berjalan atau dalam bahasa remajanya lepak-lepak. Duduk di kedai kopi, menonton astro arena, tengah cuci kasut sememangnya idea datang belambak-lambak masuk ke dalam otak. Tapi bila mula menulis dan mula mengerahkan idea-idea tadi keluar. Ia hilang. hilang bermakna tiada tersangkut sedikit pun.

bingung. bengong, bengang.

No comments: