December 19, 2011

gaya dulu, sekarang dah lain.



penangannya mampu membuatkan auto akil baligh

sebenarnya gambar diatas tiada kena mengena dengan apa yang akan tercerita, cuma terkenang kembali kepada orang yang bertanggungjawab pada zaman awal remaja dulu. 

habis pasal tu.

Dalam era sekarang ni, zaman makin maju. Semua orang berlumba-lumba menjadi urban dalam menggayakan fesyen terkini. Nak tengok ? banyak belambak kat Friendster tu. macam-macam fesyen yang aku nampak. Ada yang macam penyanyi bertudung yang asyik bawak guitar atas pentas. kalau gitar tu takda mabye dia tak boleh nyanyi. Ada yang gaya macam orang nak pegi pejabat siap take-in lagi pastu seluar gantung buku lali nampak. Banyak lagi fesyen gadis sekarang yang dapat kita lihat, aku malas nak taip sebenarnya. Semua ni fesyen gadis semasa yang dari semasa ke semasa agak meluat perhatiannya.

hujung minggu tiba.

Hari tu , jalan depan servay, eh bukan jalan aku berdiri betul-betul depan entrance. Tengah syok melayan sms dari awek kedai topup, ada dua orang gadis semasa yang macam aku cerita tadi tapi kali ni tidak bertudung, pakai baju adik dia yang kurus. bengkak dibahagian depan dan belakang. peergh memang terbaik la.

"nie goreng pun sodap nie " suara kecik dalam hati sambil senyum sinis

Hati mula tak tentu arah. Tangan memegang sapu tangan lalu mengelap peluh jantan yang telah menitis. Handphone masuk dalam poket , perut dikempiskan serta merta untuk kelihatan sixpack. Rasa nak tegur tapi hati penakut banyak. aduh macam mana ni, takpa aku beranikan diri jugak. Nak tanya soalan basic " hai, sorang jer ker " takut kena maki hamun sebab dia memang jalan berdua. 

" hai" aku melemparkan sepatah ayat dengan senyum seindah suria 

sejurus aku melemparkan kata-kata pembuka bicara ala-ala Aaron aziz, Perempuan A menjeling sambil mengangkat kening setinggi pencakar langit , iras ziana zain ada jugak. Berjalan dan terus ketawa masing-masing. Alangkah hinanya aku dimata mereka, Baju nirvana, jeans koyak lutut, kasut converse all-star ok apa. Baru aku sedar gaya-gaya grunge sebegini bukan citarasa mereka. 

mata nak tertutup tulis entri ni. 



4 comments:

Edy said...

fuck! kenapa pulak fesyen grunge kena rejek, bos?

buduh itu gadis2 semua!

Miss Lazy said...

hahahaha...

Miss Lazy said...
This comment has been removed by the author.
♥ vivian shinshin chan , si bintang ♥ said...

rock sangat fashion grunge kamu kale =b haha =)