November 26, 2012

Stranger total

kali ini dimulakan dengan tajuk yang serius, ya serius bermaksud kerutan di dahi semakin nampak. Semakin kelihatan kematangannya dari sudut itu. Lupakan yang itu.

Aku masih lelaki yang sama. maksud aku masih punyai perwatakan yang sama dalam kehidupan yang berbeza. Semua masih sama, kulit, warna rambut, saiz kasut , hobi , makanan kegemaran dan yang paling eksklusif perasaan cinta yang sama yang pernah singgah dan menular kedalam molekul molekul darah, sebati dengan jiwa. Tapi kali ini perasaan yang itu jatuh dengan orang yang memang stranger total. Maksud aku aku tak pernah kenal , lihat dan rasa.

Tuhan itu maha kuasa kan ?
si stranger yang dulunya hanya mampu fotonya yang menghiasi malam malam sebelum lelap. Mengutomatik kan senyuman bila saraf saraf otak bergabung memikirkan dia. Si stranger itu lah. Dia sangat istimewa. Senyuman, gelak tawa, kelembutan dan satu titik ingatan iaitu tahi lalat bawah mata yang mampu buat jiwa gundah. Kini kau bukan lagi stranger , kau realiti. Realiti yang membuatkan pagi pagi bercahaya dengan lemparan senyuman mu.

Setiap moment moment kita bersama, otak ku kerah mengosongkan memori sedia ada dan jelas diisikan dengan rakaman senyuman, tingkah manja mu untuk aku putarkan kembali sebelum lelapkan mata. Dengan itu maka lengkap sehari bagiku. Dan proses itu akan berulang . Berulang dan berulang. Sampai aku sediakan kekuatan untuk aku sampaikan sesuatu . Sesuatu ?


-stranger-




No comments: