November 25, 2011

dulu-dulu ketika hati ada taman

dingin nya angin malam ini, menyapa tubuh ku
namun tidak dapat mendinginkan hatiku yan..yann.yan.yang

" aduh sangkut pulak" aku cakap dengan perasaan marah. 

Lagu dari kumpulan yang agak macho satu ketika dulu. Apa tidakya aku sendiri dah mula menekan-nekan suara agar dapat menandingi ezad, vokalis band nirvana. Abaikan. Sebenarnya lagu dari kumpulan exist yang sudah tidak exist lagi. Yang dahulunya semua perempuan berharap lahir ke dunia dengan nama julia atau jesnita.

intro sedikit melalut, tapi jika ezad membaca ini, dia akan saman sebab sebut dia vokalis nirvana.

sekolah menengah kebangsaan Kinabutan , nama sekolah aku.

Zaman aku bergelar student sekolah menengah dulu dulu banyak kenangan indah dan tak indah juga berlaku seiring. Zaman kemaruk nak berambut panjang. Ada orang cakap kalau zaman sekolah menengah ni zaman mencari jodoh. Dengan muka yang masih tahap manusia, kalau tak dapat awek memang tahap loser paling tinggi. Nak dapat jodoh time kerja nanti memang susah nak cakapla. Tapi aku tidaklah terlalu kemaruk untuk mencintai dan dicintai sangat pada masa tu.

Sehinggalah pada suatu ketika aku berada tingkatan 5. Seperti biasa aku nampak muka-muka yang sama dihadapan berlalu sambil senyum-senyum kuda. Kambing agak kasar kan. Setelah merasakan hidup agak sepi untuk mengekalkan status single. Aku cuba mencari cinta. Cari dalam majalah Remaja memang jauh sekali, cari dalam internet belum ada lagi masa ni. kalau nak online confirm la Cyber Cafe jawab nya. Kalau adapun Friendster yang memakai gambar artis-artis korea yang sememangnya buat aku tak tidur malam .Mencari dikalangan rakan sekelas memang agak diluar kewarasan, belum ada lagi wajah yang boleh buat hati ini goyah. Ayat.

Masa tu aku jalan pakai seluar kecik dibawah kerana dalam sekolah aku lagu wings dan search sering berkumandang di telefon bimbit masing-masing,  poket ala ala jeans sambil tangan kanan pegang gula-gula lolipop yang menjadi trend dalam sekolah, entah adakah seseorang nampak macho ketika ada lolipop tergantung dibibir. Hairan. manakala tangan kiri pegang janji. Eh pegang handset Nokia biru gelap. Maksud aku warna. Tangan kiri tengah laju taip sms,tak hirau pemandangan sekitar. Sambil tu aku jalan laju-laju ala-ala masyarakat jepun, perut lapar. Mata kiri aku tiba-tiba berkelip-kelip.Kiri je. Ini tanda amaran. Hati dah mula berdebar laju.Sangat laju. Sampaikan hampir kemalangan jiwa. 

Aku tengok kiri.

Ok, . Aku toleh. Mata tak terkelip, sepintas lagu milik siapakah gadis ini dendangan Arwah sudirman haji Arshad berlegar-legar dalam kepala aku. Siapakah gerangan gadis ni. Wajah yang sememangnya tidak familiar dalam sekolah aku. Cukup serba serbi. Siap memakai kasut jack purcell ni buat aku resah . Adakah ini cinta pandang pertama. Panggillah apa saja yang penting hati aku telah dimilikki. Aku berhenti sms,berhenti jalan laju-laju,berhenti makan lolipop, berhenti rokok- maybe lepas sah aku couple dengan dia. Maybe la. Tapi sejak bila aku merokok.

Rasa macam nak tegur. Hati penakut banyak. Rasa macam nak salam. Kemampuan diri terhad. Aku hanya mampu tengok dari jauh. Si dia berlalu tanpa sepatah ayat. Ini tak boleh jadi, aku kena siasat. Cari dalam google ke, siasat dengan hal ehwal pelajar ke, itu aku kena usahakan. Janji dapat tahu nama, nombor handphone menyusul. 

Aku terus masuk kelas sambil jalan terangkat-angkat. Rasa lapar dah tolak tepi. Rasa berbunga dah mari dalam hati sudah buat perut rasa kenyang.Aku mencari-cari seorang sahabat sehidup semati aku. Ya mungkin semati. Abaikan dulu., yang ada dalam kepala aku yang sudah tarikh luput rasanya.muncul Mohd Shahrul Osman di pintu kelas. Berseluar ketat dan bertahi lalat dibawah bibir yang menjadi kegilaan ramai. Sambil tonyoh-tonyoh mata. Aku syak memang baru lepas tengok porno la ni.

Aku tidur ketika menulis entri ini.



No comments: